Tag: diabetes

Kandungan gula dalam makanan kita

Pengambilan gula yang disyorkan sehari adalah 36g untuk lelaki, 20g untuk wanita dan 12g untuk kanak-kanak.Jika dilihat keperluan gula kita seharian memang kecil dari sepatutnya yg kita ambil. Jika kita mengambil contohnya sebungkus kuih kochi kita sudah pun melebihi kandungan gula untuk wanita dan kanak-kanak

Keperluan kita mengetahui jumlah gram gula dalam makanan kita seharian penting supaya kita tidak terlebih mengambilnya dan menyebabkan pankreas kita bekerja keras menyingkirkannya dgn mengeluarkan insulin utk menuteralkan kandungan gula kita dalam darah, Jika dibiarkan pankreas kita bekerja sepanjang masa ini akan menyebabkan ia menjadi rosak dan lama-kelamaan ia tidak lagi mengeluarkan insulin yg mencukupi utk menuteralkan gula dlm darah kita bila ini terjadi kita akan dikelaskan sebagai pesakit kencing masih tahap kedua (type 2 diabetes),Oleh itu anda perlulah ketahui apakah makanan yg mengandungi gula, gula terbahagi kepada 2 jenis

Gula semulajadi ia terdapat dalam buah-buahan, sayuran dan product tenusu, kedua gula tersembunyi selalunya gula yg ditambah didalam makanan minuman utk memberi rasa sedap atau manis sesuatu minuman. disini kami senaraikan jumlah gram gula dlm kandungan makanan tempatan, semoga dengan senarai ini dapat membantu pesakit kencing manis mengawal kandungan gula mereka,di beauty umaira product yg boleh membantu utk pesakit diabetes adalah beauty umaira 1001 utk wanita dan lelaki adalah Umar 1001 Rahsia lelaki

Kandungan Gula dalam makanan tempatan

Jenis Berat setiap satu (g) Kandungan Gula (g) Bersamaan = sudu teh gula
Kuih Koci 70-90 18-25 4 1/4
Kuih Keria 40-50 10-13 2 1/4
Kuih Seri Muka 110-120 10-13 2 1/4
Donut 45-55 7-10 1 3/4
Kuih Lapis 120-140 5-7 1 1/4
Lepat Pisang 65-75 10-13 2 1/4
Puding Jagung 70-80 10-13 1 3/4
Bingka Ubi Kayu 70-90 18-25 4 1/4

Kandungan Gula dalam Minuman

Jenis Minuman Kandungan gula (g/100ml) Kandungan minuman Kandungan gula setiap minuman (g) Bersamaan = sudu teh gula
Oren 13.29 278 37.8 7 1/2
Jus Limau 14.15 332 47.0 9 1/4
Root Bir 11.53 342 39.4 8
Kola 11.25 285 32.1 6 1/2
Jus Mangga 12.28 250 30.7 6
Jus Jambu 12.84 250 32.1 6 1/2

Diabetes melawan dan mencegah

Diabetes merupakkan penyakit yang ke 3 banyaknya dihidapi oleh penduduk Malaysia selepas sakit jantung dan kanser, Ia berlaku disebabkan banyak faktor antaranya peningkatan taraf ekonomi penduduk menyebabkan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan  yang tidak sihat dan tidak mengandungi khasiat.

Diabetes yang tidak dikawal dan dirawat akan menyebabkan risiko penyakit kronik lain seperti sakit buah pinggang, jantung dan darah tinggi, pesakit yang menghadapi diabetes kebiasaannya akan juga menghadapi sakit seperti disebuat diatas jika tidak dirawat segera.

Oleh itu, mencegah penyakit diabetes adalah lebih penting dari mengubatinya, untuk mencegah kita perlu bijak dalam pemilihan makanan seharian kita, kebanyakkan masyarakat di Malaysia suka mengambil makanan dan minuman yg berlemak dan berkolestrol tinggi seperti teh Tarik, roti canai, nasi lemak dsbnya. didalam makanan ini bukan sahaja tinggi kadar kolestrolnya tetapi juga tinggi kadar gulanya jika kita kaji cara pembuatannya contohnya roti canai yg sudah di campur gula dan susu manis.

Jadi sebelum kita mengambil sebarang makanan perlulah kita mengetahui berapa gram gulakah yang ada didalam sesuatu makanan itu, kita yang memilih untuk menjadi sihat atau sebaliknya . salah satu sebab lagi bertambahnya bilangan penduduk yg obes (gemuk) ia disebabkan terlalu banyak mengambil makan yg berlebihan dan kurang melakukan senaman. kegemukkan menyebabkan pergerakan menjadi lembab, malas dan cepat penat, kurang melakukan aktiviti kecergasan seperti bersenam dan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

Oleh itu kita perlu bijak memilih makan yang akan kita ambil seharian banyakan ambil sayuran hijau dan buah-buahan kurangkan makan berlemak dan bergula tinggi contohnya minuman bergas seperti dalam gambar diatas. Makan seharian kita yang lain seperti nasi juga akan diproses menjadi glucose (gula ringkas) jadi janganlah kita menambahkan lagi dengan gula yang tidak perlu lagi untuk diproses oleh tubuh kita.

Pengambilan gula yang disyorkan sehari adalah 36g untuk lelaki, 20g untuk wanita dan 12g untuk kanak-kanak.

Related Posts with Thumbnails